ZAHA MZ  RESOURCES Tetamu Yang Berkunjung:
http://www.hitwebcounter.com/
Sertai kami di Hakcipta Terpelihara www.zahamz.com (2016)
Utama Kenali Kami Senarai Produk Khatam Al-Quran Seni Khat Hubungi Kami

Tags;  Belajar Menulis Cantik Khat Riq`ah, Khat Riq`ah, Kursus Khat, Pamiran Khat, Ust Wan Abdullah, Penulis Khat DiRaja Kedah, Ust Zaim MZ, Mutiara Kata Khat.


MUQADDIMAH

Dari Meja Penulis Khat

Ust. Zaim Mz.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم


Semoga dengan adanya buku ini akan dapat membantu para guru dalam bidang ini memberikan pengajaran dan dapat melahirkan bakat-bakat baru para pelajar, mudah-mudahan dengan kesungguhan guru dan pelajar, seni khat akan terus maju dan bersinar sepanjang zaman.

Para Guru, Para Pelajar dan Para Pencinta Seni Khat Islam yang saya muliakan.

Pertama, Syukur ke Hadhrat Allah swt. Dengan izinNya jua al-Faqir telah dapat menyiapkan sebuah buku khas belajar menulis khat yang ringkas, mudah dan praktis bagi para pemula mengenali, melihat, memperhatikan, seterusnya langsung mencuba menulis insyaAllah dengan ketekunan kita belajar menulis, tulisan kita akan bertambah cantik, indah  mempesona sekurang-kurangnya untuk kepuasan kita peribadi.

Saya sangat terhutang jasa dalam bidang ini baik daripada jasa kawan-kawan saya semasa belajar dahulu di M.T.I Derang yang permai yang mereka lebih mahir dari saya, dan jasa dari guru-guru saya. Yang pertama mengajarkan seni khat kepada saya adalah : Al-Fadhil Ust. Zainol Abidin Bin Kassim, setelah itu saya belajar pula dengan Al-Fadhil Ust. Ismail Bin Omar, dan saya belajar pula dengan guru saya yang saya cintai mudah-mudahan Allah mengampuni dosanya, meredhainya, mencucuri rahmat dan berkahNya, beliau adalah  Al-Marhum Ust. Muhammad Ali Rajab Bin Nasihin yang banyak memberikan perhatian khusus kepada saya dalam bidang ini maka dari kesungguhan beliaulah saya jatuh cinta benar-benar dengan seni khat ini.

Dan terakhirnya saya belajar dengan guru saya, Penulis Lagendaris Seni Khat Negeri Kedah Darulaman yang tulisannya sangat mengusik sukma saya, yang banyak mempengaruhi gaya tulisan saya yang masih lagi dapat memberi khidmat menulis khat sampai ke detik ini dalam usianya yang lanjut 87 tahun. Matta`anallahu Bithuli Hayatih, beliau yang saya maksudkan adalah Al-Mukarram Al-Fadhil Ust. Wan Abdullah Bin Wan Puteh yang lebih mesra dengan panggilan Pak Wan Lah. Tuan-tuan pergilah ke mana-mana pun masjid di negeri Kedah terutama masjid yang lama pasti tuan-tuan akan melihat hasil karyanya terpampang indah dari mulai nama masjidnya sehinggalah tulisan-tulisan dalamannya. Saya sangat jatuh cinta dengan gaya tulisannya yang indah-indah itu.

Semoga Allah memberkati hidup saya dengan keberkatan doa baik dari guru-guru saya yang dikasihi Allah ini, Jazakumullahu Ahsanal Jaza`.

WASSALAM WAILALLIQA`





KATA-KATA ALUAN

Al-Fadhil Ust. Haji Wan Abdullah Bin Wan Puteh

Penulis Khat DiRaja Negeri Kedah Darul Aman.


Saya ucapkan Syabas dan Tahniah kepada

murid saya yang dikasihi Hj.Mohd Zaim Bin Hj.Hamzah yang telah berjaya membukukan

koleksi tulisan tangannya yang dikhaskan untuk latihan belajar menulis Khat.


Saya amat berterimakasih

atas usahanya menghasilkan sebuah buku latihan menulis Khat yang dapat memudahkan para pelajar berlatih menulis dan mengenali gaya

dan jenis-jenis Khat yang ada

dalam Kaedah Seni Khat.


Saya doakan semoga dengan adanya

buku seumpama ini maka seni Khat Islam akan terus diminati dan dapat diajarkan

serta dipelajari oleh generasi baru yang lebih maju

dan dengan itu mudah-mudahan seni Khat ini akan terus kekal sepanjang zaman.


InsyaAllah, saya amat yakin

selagi Al-Quran terus dibaca maka selagi itu jugalah Tulisan Khat ini

akan terus terpelihara dan dipelihara

oleh Allah Azza-Wajalla.





KLIK MAJLIS KHATAM QURAN BULANAN ON LINE BERIKAN NAMA-NAMA ARWAH  SERTAKAN SUMBANGAN SEIKHLAS ANDA MOHD ZAIM HAMZAH AC NO: 7610279682 DAPATKAN JUGA KOLEKSI  PIDATO ISLAM UST. ZAIM MZ TEKS KHUTBAH EIDUL ADHA KLIK FOTO KENANGAN UST. WAN ABDULLAH BERSAMA ASATIZ DI MTI DERANG, KEDAH DARULAMAN UST. WAN ABDULLAH SEDANG BERDOA DI SISI PUSARA PENGASAS MTI DERANG, AL-MARHUM SYAIKH NIAMAT YUSUFF & AL-MARHUM SYAIKH ABU BAKAR AWANG USTAZ BERSAMA ISTERI TERCINTA * Harga tidak termasuk kos penghantaran * Pos Laju RM15. / 10 Naskah (Semenanjung) * PERCUMA PENGHANTARAN dalam daerah :   Kota Setar, Pendang, Yan, Gurun dan Pokok Sena . ZAHA MZ RESOURCES Sertai kami di